Myspace Marquee Text - http://www.marqueetextlive.com

Persatuan Pusat Sumber Pulau Pinang On



Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang

Salam 1Malaysia,

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Persatuan Pusat Sumber Sekolah Pulau Pinang (PPSSPP) kerana sekali lagi berjaya menerbitkan Blog PPSSPP. Pada kesempatan ini saya juga ingin menyeru semua warga pendidik agar turut sama memperkasakan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
Tujuan dan matlamat PPSSPP adalah untuk menyatukan semua golongan yang berminat dalam aktiviti berkaitan dengan PSS. Ianya juga sebagai penyelarasan dan permuafakatan bersama agensi luar yang terlibat dengan persatuan secara langsung dan tidak langsung.
Syabas, saya ucapkan kepada kepemimpinan PPSSPP yang diterajui oleh KSPA, JPN Pulau Pinang,yang telah melaksanakan banyak aktiviti bagi membantu memperkasakan PSS di Pulau Pinang. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sekolah di Pulau Pinang yang telah menjadi ahli secara automatik dan kepada semua ahli individu dari JPN, PPD, BTPN, PKG serta warga pendidik atas sokongan padu yang diberikan selama ini. Di sini juga, saya menyeru kepada semua warga pendidikan agar menjadi ahli berdaftar dengan persatuan, bagi menyokong aktiviti yang menjurus kepada PSS dan budaya membaca.
Akhir kata, besarlah harapan saya agar PPSSPP yang menjadi pemangkin dan pengggerak kepada Pembangunan Pusat Sumber Sekolah di Pulau Pinang.

HJ IBRAHIM BIN MOHAMAD
Pengarah Pelajaran,
Jabatan Pelajaran Negeri P.Pinang




Yang DiPertua,  PPSSPP

Salam Sejahtera ,
   
    Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kunrianya, persatuan berjaya menerbitkan  blog pada tahun ini. Tahniah diucapkan kepada sidang pengarang dan anak buahnya.
    Dalam memperkasakan dunia pendidikan, membina sekolah berprestasi tinggi (SBT) dan sebagainya Pusat Sumber berperanan sebagai nadi di sekolah. Lantas, Persatuan telah  mengambil inisiatif dengan merancang beberapa latihan, program seperti lawatan dan sebagainya bagi memberikan pendedahan kepada sekolah untuk menjadikan PSS cemerlang, gemilang dan terbilang. Saya berjanji, bersama jawatankuasa akan terus meningkatkan khidmat dan sumbangan persatuan baik dari segi dana, idea, khidmat bantu dan sebagainya secara menyeluruh. Dengan kesempatan ini, saya ingin menyeru semua warga pendidikan agar turut serta dalam persatuan ini, sebagai sumbangan luar. Sama-samalah kita meneruskan semua perancangan dan aktiviti yang sesuai untuk mencapai matlamat Persatuan bagi tujuan kebaikan bersama.
    Akhir kata, sama-samalah kita memperkasakan Pusat Sumber dan menjadikan budaya membaca sebagai amalan seharian. Sesungguhnya melalui pembacaan manusia akan lebih dipandang mulia.

FATIMAH BT OTHMAN
Ketua Sektor  Pengurusan Akademik, JPN P.Pinang
Merangkap YDP, PPSSPP