AKTIVITI PERSATUAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
PULAU PINANG (PPSSPP) BAGI TAHUN 2009/2010
1. KEM KEPEMIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH
Kem Kepemimpinan pengawas pusat sumber sekolah , telah dilaksanakan pada 25 Februari 2009 dengan kerjasama USM Transkrian. Sebanyak tujuh buah sekolah menengah di kawasan Pusat Kegiatan Guru Nibong Tebal telah mengambil bahagian yang melibatkan seramai 120 orang pegawas pusat sumber sekolah dan 10 orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM). Peserta telah didedahkan tentang tugas pengawas pusat sumber, proses teknik bahan dan promosi pusat sumber. Ianya merupakan program permuafakatan yang dijalankan bersama dengan IPTA dan pengawas pusat sumber dapat mendalami ilmu keperpustakawanan dengan berkesan.
2. BENGKEL PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
Bengkel ini telah diadakan pada 13 -15 APRIL 2009 (ISNIN – RABU) bertempat di PKG Nibong Tebal. Seramai 12 orang GPM dan lapan orang PTP PKG telah mengambil bahagian. Objektif bengkel ini adalah membina enam fail penilaian Pusat Sumber Sekolah mengikut intrumen Penilai Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan. Sekolah dapat melihat kekurangan dan membuat penambah baikan dari penyediaan enam buah fail ini. Selain itu, bengkel ini juga adalah sebagai persediaan buku pelaporan untuk mesyuarat agung kali keenam PPSSPP.
3. MESYUARAT AGUNG PPSSPP KALI KEENAM
Mesyuarat Agung PPSSPP kali keenam, telah berjaya dilaksanakan pada 16 APRIL 2009 (Khamis) bertempat di ILP Arumugam Pillai, Nibong Tebal. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Suhaimi bin Saidin (Timbalan YDP) dan kehadiran ahli adalah seramai 468 orang yang terdiri dari pegawai JPN, PPD, BTPN, PKG, Pengetua, Guru Besar, GPM serta ahli individu. Mesyuarat berjalan lancar dengan perbentangan minit mesyuarat yang lalu, laporan tahunan dan laporan kewangan persatuan.
4. TAKLIMAT PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
Program ini telah dijalankan pada 16 APRIL di ILP Arumugam Pillai, Nibong Tebal. Ahli persatuan yang hadir telah mendengar taklimat ini yang dijayakan oleh ;
§ Guru Besar SK Sungai Acheh
§ Guru Besar SK Bagan Jermal
§ Pengetua SMKA Nibong Tebal
§ Pengetua SMK St George Pulau Pinang
Ianya lebih merupakan perkongsian ilmu dan pengalaman dalam melahirkan Pusat Sumber Sekolah yang berjaya di peringkat negeri dan peringkat kebangsaan.
5. MAJLIS ANUGERAH PSS DAN NILAM PERINGKAT NEGERI
Majlis Anugerah ini telah berjaya dijalankan pada 16 APRIL 2009, di ILP Arumugam Pillai, Nibong Tebal. Penghargaan telah diberikan kepada pemenang bagi kategori PSS Cemerlang, PSS Harapan, Hakim dan Tokoh NILAM negeri. Dua anugerah khas telah diberikan kepada PPD Pengurusan PSS Terbaik dan PKG yang banyak melahirkan PSS Cemerlang di peringkat negeri bagi tahun semasa. Majlis telah dirasmikan oleh yang berbahagia Tuan Haji Md Daud bin Hasanuddin mewakili Pengarah JPN Pulau Pinang.
6. BENGKEL KHIDMAT BANTU PSS KE PERINGKAT KEBANGSAAN
Bengkel khidmat bantu dan khidmat nasihat kepada sekolah yang mewakili negeri Pulau Pinang peringkat kebangsaan bagi tahun 2009 telah dilaksanakan sepanjang bulan SEPTEMBER 2009. Unit Pengurusan Sumber Pendidikan, PKG dan GPM setempat telah terlibat. Sumbangan sebanyak RM500.00 telah diberikan kepada sekolah terlibat iaitu ;
i. SMK Bukit Jambul
ii. SMK Sungai Acheh
iii. SK Seri Tasek
iv. SK Taman Senangan
Keempat-empat pusat sumber ini telah dinilai oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan OKTOBER 2009.
7. BENGKEL PENJILIDAN BAHAN BUKU
Bengkel ini telah dijalankan pada 13-15 OKTOBER 2009 di BTPN Pulau Pinang. Ia melibatkan 20 orang GPM seluruh Pulau Pinang dan 20 orang Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru. Ia dijalankan dengan kerjasama dari IPG, Kampus Sultan Abd Halim. Tujuan bengkel ini adalah untuk;
§ Memahami proses penjilidan bahan cetak
§ Membaikpulih bahan bercetak yang rosak.
§ Mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi dalam menjilid bahan cetak
§ Dapat menyelenggarakan bahan perpustakaan mengikut “Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 - Akta 331”.
Ianya akan diteruskan dalam beberapa fasa pada tahun 2010, yang mana dapat melibatkan lebih ramai GPM.
8. PROGRAM INFO HUNT
Program “Info Hunt” ini merupakan satu aktiviti yang telah dianjurkan bersama antara pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang, Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Pusat Kegiatan Guru Daerah Seberang Perai Utara. Program ini melibatkan para peserta yang terdiri daripada pengetua dan guru besar dari Daerah Seberang Perai Utara. Program ini berkonsepkan ala ‘explore race’ dan disusun berdasarkan segmen-segmen yang mencabar minda dan kreativiti setiap peserta bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang terdapat di dalamnya. Sekolah-sekolah yang terlibat dalam program ini terdiri daripada Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah di Daerah Seberang Perai Utara. Ianya telah dijalankan pada 6 Ogos 2009 bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.
9. BENGKEL PEMBINAAN FAIL TEGAK
Bengkel pembinaan fail tegak / keratan akhbar telah dijalankan dengan jayanya di Pusat Sumber BTPN Pulau Pinang melibatkan 25 orang Pegawai Teknologi Pendidikan . Ianya telah dijalankan pada 17-19 NOVEMBER 2009 dengan kerjasama IPG, Kampus Sultan Abd Halim. Peserta berhasil membina enam tema fail tegak dan ianya akan diteruskan di peringkat Pusat Kegiatan Guru masing-masing.
10. MESYUARAT JAWATANKUASA PPSSPP
Jawatankuasa PPSSPP telah bermesyuarat sebanyak dua kali sepanjang tahun 2009, iaitu pada 23 Februari 2009 dan 15 Disember 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat , BTPN Pulau Pinang. Kedua-dua mesyuarat telah dipengerusikan oleh YDP PPSSPP, iaitu Cik Fatimah bt Othman. Tahun 2010 dua kali mesyuarat telah dijalankan iaitu pada 21.01.2010 dan 22. 04.2010.
11. KUTIPAN YURAN KEAHLIAN
Kutipan yuran telah berjaya dipungut semasa mesyuarat agung kali keenam . Sekolah-sekolah dan ahli individu tidak mempunyai masalah melunaskan yuran bagi menjayakan aktiviti yang dirancang oleh PPSSPP untuk pembangunan pusat sumber sekolah.
12. PERTANDINGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT NEGERI 2009
Penilaian telah dijalankan pada 02 hingga 28 Februari 2010. Lima kategori telah dipertandingan dan keputusan penilaian adalah ;
Kategori | Pencapaian |
SM Bandar | Johan (SMK Tinggi Bukit Mertajam) Naib Johan (SMK Bertam Indah) Ketiga (SMK Pauh Jaya) Saguhati ( SMK Convent Green Lane) |
SM Luar Bandar | Johan (SMK Tunku Abd Rahman) Naib Johan (SMKA Al-Irysad) Ketiga (SMK Guar Perahu) Saguhati ( SMK Telok Kumbar) |
SR Bandar | Johan (SK Bertam Indah) Naib Johan (SK Taman Senangan) Ketiga (SK Tanjong Bunga) Saguhati ( SJKC Moh Ghee Pusat) |
SR Luar Bandar | Johan (SK Sungai Acheh) Naib Johan (SK Keledang Jaya) Ketiga (SK Jawi) Saguhati ( SK Penaga) |
Sekolah Kurang Murid (SKM) | Johan (SJKC Yu Chye) Naib Johan (SJKT Ladang Changkat) Saguhati (SJKC Shih Chung Pusat) Saguhati ( SJKT Ladang Transkrian) |
13. PENJUALAN BUKU RAKAN PEMBACA
Buku Rakan Pembaca telah berjaya dijual ke sekolah-sekolah ahli bagi tujuan program NILAM dan RAKAN PEMBACA sebanyak 2200 naskah.
14. PEMBINAAN SUDUT PPSSPP DAN ICT
Sudut PPSSPP dan ICT (dua buah komputer) yang mempunyai talian internet ditempatkan di Pusat Sumber BTPN Pulau Pinang. Ianya telah dirasmikan oleh YDP PPSSPP pada 23 April 2010. Tujuan pembinaan sudut ini adalah untuk memberikan kemudahan kepada ahli khasnya (warga pendidik) dan pengunjung BTPN amnya.
15. LAWATAN PENANDA ARAS KE PSS KEBANGSAAN 2009 (KEDAH DAN PERLIS)
Program ini telah dijalankan dengan kerjasama JPN dan PPD di Pulau Pinang. Ianya telah dilaksanakan pada 1 dan 2 MAC 2010. Destinasi adalah :
i. SK Santan Perlis
(Johan PSS Kebangsaan SR Luar Bandar 2009)
ii. SMK Convent Alor Setar
(Johan PSS Kebangsaan SMK Bandar 2009)
iii. SMK Tunku Bendahara , Kodiang Kedah
(Johan PSS Kebangsaan SMK Luar Bandar 2009)
Seramai 58 orang peserta terdiri dari PPD, AJK Persatuan dan GPM yang terpilih telah turut serta dalam lawatan penanda aras ini.
16. PENERBITAN BULETIN PPSSPP BIL 1/2010
Persatuan telah berjaya menerbitkan buletin PPSSPP bil 1/2010, pada bulan April 2010. Buletin ini telah dicetak sebanyak 500 naskah dan diedarkan kesemua sekolah-sekolah di Pulau Pinang, JPN, BTPN dan semua PPD.
LAPORAN PROGRAM MEMBACA 1MALAYSIA 2009
(Program ini telah dilancarkan pada Oktober 2009)
BIL | KAWASAN PKG | JUMLAH | PENGLIBATAN | PERATUS |
1 | AIR ITAM | 26 | 18 | 69.23 |
2 | | 23 | 20 | 86.96 |
3 | BALIK PULAU | 22 | 17 | 77.27 |
4 | BAYAN LEPAS | 30 | 21 | 70 |
5 | BUKIT MERTAJAM | 20 | 17 | 85 |
6 | BUTTERWORTH | 18 | 16 | 88.89 |
7 | DATO’ KERAMAT | 20 | 20 | 100 |
8 | GELUGOR | 28 | 16 | 57.14 |
9 | KELAWAI | 17 | 11 | 64.71 |
10 | KEPALA BATAS | 20 | 16 | 80 |
11 | NIBONG TEBAL | 24 | 22 | 91.67 |
12 | PENAGA | 12 | 8 | 66.67 |
13 | PENANTI | 21 | 18 | 85.71 |
14 | SEBERANG JAYA | 22 | 22 | 100 |
15 | SUNGAI BAKAP | 31 | 31 | 100 |
16 | TANJUNG BUNGA | 19 | 13 | 68.42 |
17 | TASEK GELUGOR | 23 | 10 | 43.48 |
18 | TELOK AIR TAWAR | 16 | 13 | 81.25 |
| JUMLAH | 392 | 309 | 78.83 |

TAKWIM
PPSSPP
2010
TAKWIM PERSATUAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PULAU PINANG (PPSSPP) 2010
BULAN | TARIKH | AKTIVITI | TEMPAT | SASARAN | BIL PESERTA |
JAN | 21.01.2010 | Mesyuarat PPSSPP Bil 1/2010 | BTPN PP | AJK PPSSPP | 22 orang |
FEB | 15-27.02.2010 | Pembinaan sudut PPSSPP dan ICT | Pusat Sumber BTPNPP | AJK PPSSPP | 5 orang |
02-22.02.2010 | Penilaian PSS Peringkat Negeri 2009 | Sekolah terpilih | PTP UPSP/PKG/hakim | 20 orang | |
MAC | 4.3.2010 | Mesyuarat Pesediaan Mesyuarat Agung Dan Anugerah PSS Peringkat negeri bil 1/2010 | BTPNPP | KPP/PP/PTP | 25 orang |
10-11 Mac 2010 | Lawatan ke Kedah dan Perlis ( PSS kebangsaan) 2009 | Kedah dan Perlis | AJK PPSSPP/ GPM/PTP | 120 orang | |
23-26.03. 2010 | Kursus Asas Pengurusan PSS | BTPN PP | GPM/PTP | 100 orang | |
APRIL MEI | 6.4.2010 | Mesyuarat Khidmat Bantu | BTPNPP | UPSP/PKG | 22 orang |
8.4..2010 | Mesyuarat Pesediaan Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Anugerah PSS Peringkat negeri bil 2/2010 | BTPNPP | KPP/PP/PTP | 25 orang | |
15.04. 2010 | Mesyuarat Agung PPSSPP Kali Ketujuh Majlis Anugerah PSS Peringkat negeri /NILAM 2009 | ILP Nibong Tebal | Pengarah/PPD/Pengetua/GB/BTPN/PKG dll | 500 orang | |
17-21.05.2010 | Kursus Pertengahan Pengurusan PSS | BTPN P.P | GPM/PTP | 100 orang | |
20.05. 2010 | Mesyuarat PPSSPP Bil 2/2010 | BTPN PP | AJK PPSSPP | 22 orang | |
JULAI | 1-30.07.2010 | Khidmat Bantu/ nasihat PSS ke Peringkat Kebangsaan | Sekolah terlibat | AJK PPSSPP | 4 Sekolah terlibat |
27-29.7.2010 | Kem Membaca dan Jejak Maklumat Peringkat Negeri (PPD Tengah dab Barat Daya) | BTPN P.Pinang | Tokoh NILAM/GPM/PTP | 120 orang | |
OGOS | 1-31 .08.2010 | Pertandingan Fotografi Kemerdekaan | Sekolah-sekolah P.Pinang | PSS | terbuka |
SEPT. | 23.09. 2010 | Mesyuarat PPSSPP Bil 3/2010 | BTPN PP | AJK PPSSPP | 22 orang |
30.09.2010 | Mesyuarat JK Gerakan Membaca Negeri | BTPNPP | AJK Gerakan Membaca Negeri (JPN,PPD, Pengetua/GB/BTPN/PKG | 100 ORANG | |
OKT. | 4-7.10.2010 | Bengkel Pengjilidan Bahan Buku 1 (PPD Timur Laut) | PKG Kelawai | GPM | 50 orang |
11-14.10.2010 | Bengkel Pengjilidan Bahan Buku 2 (PPD Utara) | PKG Kepala Batas | GPM | 50 orang | |
18-21.10.2010 | Bengkel Pengjilidan Bahan Buku 3 (PPD Selatan) | PKG Nibong Tebal | GPM | 50 orang | |
1- 30.10.2010 | Penilaian PSS Peringkat Negeri 2010 | Sekolah terlibat | Hakim PSS | Sekolah terlibat | |
DIS. | 16.12 2010 | Mesyuarat PPSSPP Bil 4/2010 | BTPN PP | AJK PPSSPP | 22 orang |
PENGHARGAAN
1. Pengarah ,
Bahagian Teknologi Pendidikan , KPM
2. Pengarah Pelajaran Negeri
Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang
3. Syarikat Adam
(Juru runding Pesta Buku 2010)
3. Semua Ketua Sektor
Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang
4. Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Negeri Pulau Pinang
5. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang
6. Pusat Kegiatan Guru seluruh Negeri Pulau Pinang
7. Semua ahli organisasi PPSSPP
8. Semua ahli individu PPSSPP
Sumbangan anda dalam menjayakan aktiviti PPSSPP amat dihargai.