Myspace Marquee Text - http://www.marqueetextlive.com

Persatuan Pusat Sumber Pulau Pinang On
Bengkel pembinaan fail tegak / keratan akhbar telah dijalankan dengan jayanya di Pusat Sumber BTPN Pulau Pinang melibatkan 25 orang Pegawai Teknologi Pendidikan. Bengkel ini telah dijalankan pada 17-19 November 2009 dengan kerjasama IPG, Kampus Sultan Abd Halim. Peserta berhasil membina 6 tema fail tegak dan ianya akan diteruskan di peringkat PKG masing-masing.
Persatuan Pusat Sumber Pulau Pinang On
Bengkel ini telah diadakan pada 13 -15 April 2009 (Isnin – Rabu) bertempat di PKG Nibong Tebal. Seramai 12 orang GPM dan 8 orang Pegawai Teknologi Pendidikan PKG telah mengambil bahagian. Objektif bengkel ini adalah membina 6 buah fail penilaian Pusat Sumber Sekolah. Selain itu, bengkel ini juga adalah sebagai persediaan untuk mesyuarat agung kali ke-6 PPSSPP.
Persatuan Pusat Sumber Pulau Pinang On

Kem Kepemimpinan Pengawas Pusat Sumber Sekolah, telah dilaksanakan pada 25 Februari 2009 dengan kerjasama USM Transkrian. Tujuh buah sekolah menengah di kawasan PKG Nibong Tebal telah mengambil bahagian yakni melibatkan seramai 120 orang pegawas pusat sumber sekolah dan 10 orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM). Para peserta telah didedahkan tentang tugas pengawas pusat sumber, proses teknik bahan dan promosi pusat sumber.
Persatuan Pusat Sumber Pulau Pinang On


Program “Info Hunt” ini merupakan satu aktiviti yang telah dianjurkan bersama antara pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang, Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Pusat Kegiatan Guru Daerah Seberang Perai Utara. Program ini melibatkan para peserta yang terdiri daripada pengetua dan guru besar dari Daerah Seberang Perai Utara. Program ini berkonsepkan ala ‘explore race’ dan disusun berdasarkan segmen-segmen yang mencabar minda dan kreativiti setiap peserta bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang terdapat di dalamnya. Ia juga turut menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta termasuk semangat berpasukan serta kerjasama dalam kumpulan. Sekolah-sekolah yang terlibat dalam program ini terdiri daripada Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah di Daerah Seberang Perai Utara. Ianya telah dijalankan pada 6 Ogos 2009 bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.
Persatuan Pusat Sumber Pulau Pinang On



Bengkel ini telah dijalankan pada 13-15 Oktober 2009 di BTPN Pulau Pinang dengan kerjasama dari IPG, Kampus Sultan Abd Halim. Ia melibatkan 20 orang GPM seluruh Pulau Pinang dan 20 orang PTP PKG.
Tujuan bengkel ini adalah untuk :-
Memahami proses penjilidan bahan cetak
Membaikpulih bahan bercetak yang rosak
Mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi dalam menjilid bahan cetak
Dapat menyelenggarakan bahan perpustakaan mengikut “Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 - Akta 331”.
Bengkel seumpana ini akan diteruskan dalam beberapa fasa pada tahun 2010 supaya dapat melibatkan lebih ramai GPM